Bobby: Daripada Mainkan Embalo, Lebih Baik Letak Amri
MakanBola
Sabah FC

Bekas penyerang berpengalaman Sabah FC, Bobby Gonzales berpandangan bahawa impak yang dibawa oleh penyerang import Sabah, Jose Embalo tidak cukup untuk membantu pasukan.

Pemain berusia 38 tahun itu merasakan bahawa impak yang dibawa oleh setiap pemain import amat besar bagi memastikan pasukan dapat terus bersaing dengan baik.

Ad

Walau bagaimanapun, Bobby jelas tidak berpuas hati dengan persembahan Embalo yang bergelut dengan masalah penyudah bersama The Rhinos.

Ad

“Embalo kalau kita lihat lebih baik turunkan pemain lokal. Lebih baik mainkan Amri Yahyah di situ kerana kita tahu Amri boleh beraksi dengan baik.”

“Setiap perlawanan beliau (Embalo) harus jaringkan gol. Kita tidak kisah dia skor macam mana kerana paling penting beliau tetap skor.”

Ad

Beliau melihat perkara ini merupakan masalah utama buat pasukan kendalian Dato’ Ong Kim Swee sekaligus menjejaskan persembahan pasukan kesayangan mereka.

Ad

“Inilah masalah yang kita hadap dari tahun lepas. Bukan apa, import ini sangat penting dalam setiap pasukan.”

Ad

“Masalah Sabah sekarang tidak konsisten kerana kita tidak ada import yang boleh jaringkan gol,” jelasnya kepada Flash Sukan.

Bekas penyerang berbisa pasukan Sarawak ini turut berharap agar Sabah segera mencari calon baharu menjelang saingan baru musim hadapan.