Bojan Hodak Berjaya Ubah David Da Silva Jadi Penyerang Yang Rajin
Asia Tenggara
Persib
Advertisements

Bojan Hodak bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia apabila berjaya membawa Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta beberapa kejayaan manis seperti menjulang Piala Malaysia 2021.

Kini Bojan menghadapi situasi yang sedikit berbeza apabila mengemudi pasukan gergasi Indonesia, Persib Bandung yang diketahui mempunyai kelompok penyokong yang sangat besar.

Baru-baru ini, telah tular taktikal yang digunakan Bojan bersama Persib. Taktikal tersebut juga dilihat berjaya mengubah penyerang Persib, David Da Silva menjadi seorang penyerang yang lebih rajin.

Advertisements

Dalam satu ciapan di laman X, Ruang Taktik, taktikal Bojan dilihat memaksa para pemain Persib memberikan tekanan yang luar biasa kepada pemain lawan. David Da Silva yang berada di bahagian atas turut tidak terkecuali untuk memberikan tekanan.

Tekanan tinggi yang dilakukan kepada pemain lawan memaksa pemain lawan melakukan kesilapan dengan menghantar bola yang tidak tepat. Video di bawah ini merupakan tekanan tinggi dari David Da Silva yang mencetuskan gol buat Persib.

Jadi tidak mustahil David Da Silva kini merupakan penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia dengan mengumpul 14 jaringan setakat ini. Pengaruh taktikal daripada Bojan berjaya mengubah tabiat kemalasan pemain Persib yang kini lebih kerap menekan pihak lawan.

Advertisements

Persib kini berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 38 mata selepas 20 perlawanan yang telah diharungi. Kedudukan Persib dibezakan 6 mata dengan pendahulu liga, Borneo FC yang sudah mengumpul 44 mata.

Setakat ini, Bojan sudah mengendalikan 15 perlawanan bersama Persib dengan mencatatkan 9 kemenangan 5 keputusan seri dan hanya satu kekalahan iaitu kepada Persis Solo pada Ogos yang lalu.

Kemenangan terbesar Persib di bawah kendalian Bojan adalah ketika menumbangkan Persita 5-0 dan menewaskan Dewa United dengan keputusan 5-1.

Advertisements

Persib akan meneruskan saingan liga dengan aksi menentang PSM Makassar pada 4 Disember ini di gelanggang sendiri. Kemenangan amat ditagih bagi merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram