Bojan Hodak Bimbing Persib Bandung Pertahan Gelaran Juara Liga 1 Indonesia
MakanBola
Persib Bandung FC
Sponsors

Bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak membantu Persib Bandung mempertahankan kejuaraan Liga 1 Indonesia buat tahun kedua berturut-turut.

Selepas Persib tewas 1-0 kepada Malut United pada 2 Mei lalu, keraian kejuaraan liga pasukan itu terpaksa ditangguhkan untuk sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Ad
Sponsors

Walau bagaimanapun, kem Pangeran Biru ceria apabila pencabar terdekat mereka, Persebaya Surabaya diikat 3-3 oleh Persik Kediri dalam aksi liga yang berlangsung pada hari ini.

Ad

Penyerang Argentina, Ramiro Fergonzi muncul wira Persik dengan meledakkan gol penyamaan pada minit ke-96.

Gol tersebut memastikan Persebaya hanya mengumpul 54 mata berbanding Persib (64 mata) dengan baki tiga perlawanan.

Ad

Persib menjadi pasukan pertama dalam Liga 1 Indonesia yang berjaya mempertahankan kejuaraan sejak Pelita Jaya. Pelita Jaya berjaya melakukannya untuk musim 1988-1989 dan 1990.

Ad

Ini trofi ke-10 yang diraih Hodak sepanjang bergelar jurulatih. Selain Liga 1 Indonesia, beliau juga pernah menjulang trofi Piala Malaysia, Piala FA, Liga Super, Piala Sumbangsih dan Cambodian Premier League.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments