Bojan Hodak Buat Rombakan Besar-Besaran, Rehatkan 10 Pemain
Asia Tenggara
Persib Bandung
Advertisements

Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak membuat keputusan mengejut dengan merehatkan 10 orang pemain daripada menjalani sesi latihan bersama pasukan pada Sabtu lepas.

10 pemain tersebut ialah Fitrul Dwi Rustapa, I Putu Gede, Daisuke Sato, Dedi Kusnandar, Ezra Walian, Ciro Alves, David da Silva, Nick Kuipers, Alberto Rodriguez dan Beckham Putra Nugraha.

Keputusan bekas jurulatih KL City FC itu dibuat memandangkan semua pemain kecuali Sato bermain dalam perlawanan menentang Bali United yang berkesudahan 0-0 pada 3 Ogos lalu.

Advertisements

Walaupun diberi kebenaran untuk berehat, tiga pemain tetap hadir iaitu Rodriguez, Kuipers, dan Beckham Putra. Justeru, sebagai menghormati komitmen mereka, Hodak mengatur sesi latihan ringan buat trio berkenaan.

“Sementara, pemain-pemain yang bertanding sejak menit awal ketika melawan Bali United, diberikan waktu untuk beristirahat sehingga lebih bugar pada latihan keesokannya.

“Ada beberapa pemain yang sudah kami sarankan untuk beristirahat, tapi mereka tetap datang seperti Kuipers, Rodriguez, dan Beckham,” katanya seperti dilaporkan Bola.com.

Advertisements

Ini sebahagian daripada persiapan Persib Bandung untuk lawan Liga 1 Indonesia seterusnya, Persis Solo pada 8 Ogos ini di Stadium Manahan, Solo.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram