Bojan Hodak Denda Pemain Persib Bandung RM8,800 Jika Naik Berat 1 Kg
MakanBola
Persib Bandung
Sponsors

Pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak mempunyai cara tersendiri untuk membantu anak buahnya menjaga berat badan semasa bercuti.

Bekas pengendali KL City FC itu memaklumkan sekiranya mereka merekodkan kenaikan berat badan sebanyak satu kilogram (kg), mereka akan didenda AS$2,000 (RM8,800).

Ad
Sponsors

Perkara itu dinyatakan kepada pemain dalam bilik persalinan selepas aksi Liga 1 menentang Semen Padang.

Ad

“Perkara yang paling penting ialah anda perlu jaga berat badan anda. Jika bertambah 1 kg, denda AS$2,000 (RM8,800),” katanya seperti yang dipetik Persib TV.

“Bukan dalam rupiah. Tapi AS$2,000 (RM8,800) (kalau berat badan anda naik) 1kg. Saya tak mahu lihat berat badan kalian bertambah.”

Ad

Hodak berbuat demikian bukan saja mahu memastikan barisan anak buahnya kembali menyertai pasukan dalam keadaan yang baik.

Ad

Malah, ini memastikan Persib dapat terus mempertahankan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga. Pangeran Biru ketika ini menerajui liga dengan 57 mata, lapan mata di hadapan Dewa United.

Ad

Selepas ini, Persib bakal menentang Borneo FC untuk aksi liga seterusnya pada 11 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments