Bojan Hodak Gembira Beri Peluang Pemain Muda Minit Permainan
MakanBola
Azri / MakanBola
Sponsors

Ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur City (KL City FC), Bojan Hodak berpuas hati dengan persembahan yang ditonjolkan oleh anak buahnya ketika berjaya mengikat PJ City dengan keputusan 0-0.

Katanya, kehilangan beberapa tonggak utama termasuklah kesemua pemain yang menjadi tunjang utama di bahagian tengah jelas memberi kesan kepada persembahan pasukan.

Ad

Walau bagaimanapun, pengendali kelahiran Croatia ini dapat membuka peluang buat para pemain muda The City Boys untuk turun beraksi dan mendapatkan minit permainan.

Ad

“Kita kehilangan enam orang pemain dalam satu masa.”

“Jadi kita turunkan pemain sedia ada jadi sebab itulah ada perubahan pada posisi tertentu.”

Ad

Malah, Bojan berjaya menerapkan identiti permainannya kepada para pemain yang tampil menggalas tugas dengan cukup baik.

Ad

“Jadi sebab itulah hari ini kita dapat lihat para pemain yang tidak pernah beraksi turun kerana hanya ini yang kita ada.”

Ad

Bekas jurulatih JDT ini juga turut melihat perubahan ketara pada bahagian pertahanan pasukan yang lebih konsisten sejak kebelakangan ini.

Bojan juga mengambil kira faktor 3 perlawanan awal apabila pasukan kendaliannya bolos lebih daripada 9 gol ketika itu.

KL City kini berada pada tangga ke-6 selepas 11 perlawanan dengan mengumpul 16 mata secara keseluruhannya.