Bojan Hodak: Indonesia Ada Ramai Bakat, Tapi Dah Terlambat
Asia Tenggara
Persib Bandung
Advertisements

Ketua jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak mengakui Indonesia sememangnya miliki kualiti pemain-pemain muda yang berbakat.

Namun pengendali dari Croatia itu menganggap pembangunan bola sepak akar umbi di Indonesia masih kurang dan ia sedikit sebanyak telah merencatkan potensi bagi melahirkan bakat muda.

“Saya beritahu anda, di Indonesia terdapat ramai pemain bola sepak yang berbakat tetapi ia sudah terlambat untuk bermula.”

Advertisements

Bekas jurulatih KL City itu melihat Indonesia tidak miliki platform terbaik untuk pemain-pemain muda ini menyerlahkan bakat. Ini kerana tiada liga remaja yang dianjurkan secara pesat di Indonesia.

“Anda tidak mempunyai liga untuk pemain muda. Saya mempunyai seorang anak lelaki yang sedang bermain di Eropah. Dia bermain sejak dia berumur 8 tahun.”

Bojan yang kini bertindak sebagai pengendali Persib Bandung melihat pembangunan akar umbi sebagai satu perkara yang penting untuk generasi pemain bola sepak pada masa akan datang.

Advertisements

Tambahnya lagi perlawanan yang kompetetif untuk bakat muda ini amat perlu supaya sesebuah negara itu tidak ketinggalan dalam melahirkan prospek masa depan.

“Di Indonesia, anda bermula pada usia 15-16 tahun dan negara anda tidak mempunyai perlawanan yang kompetitif. Jadi negara ini ketinggalan 8-10 tahun,” kata Bojan Hodak seperti yang dipetik dari portal Indonesia usai aksi Liga 1 antara Persib Bandung dan Bali United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram