Advertising
Bojan Hodak Risaukan Keadaan Giancarlo Gallifuoco
MakanBola
Giange94

Jurulatih KL City, Bojan Hodak mengakui agak risau dengan keadaan pertahanan kentalnya, Giancarlo Gallifuoco. 

Dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan tempoh hari, Giancarlo Gallifuoco terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan tempoh hari.

Ad

Menurut kenyataan Bojan, Giancarlo Gallifuoco dikeluarkan disebabkan mengalami ketidakselesaan pada bahagian kakinya. 

Ad

“Giancarlo Guffucio berasa tidak selepas pada bahagian kakinya, oleh itu beliau dikeluarkan untuk menerima rawatan lanjut.

“Buat masa ini, tiada kecederaan serius dan kita lihat bagaimana keadaan dia nanti,” katanya di sidang media selepas tamat perlawanan. 

Ad

Jurulatih berusia 52 tahun itu menganggap Giancarlo tulang belakang pasukan sehinggakan apabila beliau dikeluarkan pemain-pemain lain sudah mula hilang fokus dan tiada komunikasi yang baik dalam padang. 

Ad

“Kita hilang fokus dan komunikasi selepas mengeluarkan Giancarlo Gallifuoco, kita hilang ketua dibahagian pertahanan. Hilang komunikasi menyebabkan kita terpaksa akur bolos. 

Ad

Setakat ini, masih tiada apa-apa keputusan mengenai situasi Giancarlo Gallifuoco.

KL City akan bertemu pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim bagi aksi perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, pada 22 Julai 2023 ini.