Asia Tenggara
Persib Bandung
Advertisements

Pengendali baharu Persib Bandung, Bojan Hodak mendapat sambutan hangat di Indonesia.

Advertisements

Setibanya beliau di bumi Sang Garuda, beliau tak tunggu lama dan terus berjumpa dengan para pemain Persib Bandung.

Kehadiran Bojan telah menerima sambutan hangat daripada pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai-pegawai pasukan. Bojan kelihatan begitu mesra menyapa dan bergurau senda dengan beberapa pemain Persib.

Advertisements

Bojan dalam pada itu sempat memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada para pemain Persib, sebelum mereka beraksi dalam aksi Piala Indonesia malam ini. Persib Bandung dijadualkan bertemu pasukan Persik di laman lawan.

“Jangan takut kepada kekalahan, jangan takut kepada kegagalan. Kekal tenang, jangan rasa tertekan. Ayuh, menang, menang,” ujar Bojan.

Advertisements

Rata-rata peminat kelab Persib turut teruja dan gembira dengan kehadiran pengendali dari Croatia ini. Ramai yang meninggalkan komen positif di Instagram rasmi pasukan sebagai tanda menghormati dan menzahirkan ucapan selamat datang kepada Bojan Hodak.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram