Bojan Hodak Tewas Kali Pertama Di Indonesia

Bojan Hodak KL City Football Bojan Hodak Tewas Kali Pertama Di Indonesia
KL City Football
Nik Faris @nikfalovic
10:08pm 08/08/2023

Pasukan bimbingan Bojan Hodak, Persib Bandung mengalami kekalahan pertama sejak beliau mengendalikan pasukan.

Jurulatih kelahiran Croatia itu telah mengemudi pasukannya untuk kembali ke rentak asal selain mencatat kemenangan 2-1 ke atas Persik dan seri berdepan Bali United.

Ujian terkini bagi Persib adalah berdepan dengan salah satu pasukan terbaik di Indonesia iaitu Persis Solo.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasna terbaik namun kudrat pemain Persis nyata memiliki kelebihan berdepan Persib.

Dua jaringan penyerang muda sensasi Indonesia, Ramadan Sanantha pada minit ke-33 dan 44 sudah cukup untuk memastikan mereka pulang dengan 3 mata.

Sungguhpun mendahului pada awalnya menerusi jaringan Ciro, Persib gagal mengekalkan kedudukan sebelum dibolosi dua gol.

Kekalahan ini memberi tamparan yang cukup hebat buat Persib untuk menapak dalam saingan Liga 1 Indonesia apabila terpelosok di tangga ke-16 liga selepas 7 perlawanan.