Bojan Hodak Yakin Mampu Benam Persija Jakarta
Asia Tenggara
Persib Bandung
Advertisements

Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak percaya anak-anak buahnya mampu mengatasi cabaran Persija Jakarta dalam aksi Liga 1 Indonesia seterusnya.

Sabtu ini bakal menyaksikan perlawanan paling ditunggu-tunggu dalam liga iaitu Persija menentang Persib. Perlawanan yang diberi jolokan derby Indonesia dianggap antara yang terbesar di Asia.

Perlawanan ini sentiasa menarik perhatian lebih-lebih lagi dengan permusuhan penyokong kedua-dua pasukan.

Advertisements

Di atas kertas, kelebihan memihak kepada Maung Bandung berbanding Macan Kemayoran. Ini kerana Persib hanya tewas sekali dalam enam perlawanan selepas Hodak menggantikan Luis Milla.

Manakala Persija yang dibimbing Thomas Doll pula gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan. Akibatnya, Macan Kemayoran ketika ini berada di tangga ke-12 liga, satu mata di belakang Persib.

Biarpun memiliki sedikit kelebihan, Hodak tahu kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk meraih kemenangan. Lantas, bekas pengendali KL City FC itu mahu anak-anak buahnya memberi yang terbaik dalam perlawanan berkenaan.

Advertisements

“Setelah kami menang di dua laga terakhir, sebenarnya kepercayaan diri kami tumbuh. Tapi, kalian juga tahu, kalau ini adalah derbi dan kita tidak bisa bicara siapa yang akan jadi pemenangnya. Di setiap derbi, peluangnya adalah 50:50.

“Main di rumahnya bisa jadi keuntungan bagi mereka. Keuntungan bagi kami adalah menang di dua pertandingan terakhir.

“Tapi pada akhirnya peluang bagi tim untuk menang di derbi di seluruh dunia manapun adalah 50:50,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan semalam seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Advertisements

Aksi derby Indonesia ini akan diadakan di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi esok. Sekiranya menang dan dibantu dengan keputusan perlawanan lain, Persib berpeluang menduduki tangga keenam liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram