Kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Taiwan dalam aksi kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam ternyata bukanlah satu tugas yang mudah untuk dilaksanakan.
Ini kerana, keadaan padang yang sedikit keras mengganggu rentak permainan Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon. Namun Pan-gon akui tidak boleh menjadikannya sebagai alasan kerana Malaysia dan Taiwan menggunakan padang yang sama semalam.
“Ya kami sememangnya tidak biasa beraksi di padang yang sedikit keras. Bagi saya, ianya tidak boleh dijadikan sebagai alasan kerana kerana kedua-dua pasukan beraksi di atas padang yang sama. Ianya pengalaman yang bagus buat kami,” jelas Pan-gon dalam sidang media selepas perlawanan.
Dalam pada itu, Pan-gon juga merasakan bola yang digunakan dalam perlawanan semalam dilihat sedikit ringan berbanding bola- bola yang selalu digunakan.
“Kita perlu belajar menghadapi situasi seperti ini. Walau bagaimanapun, perlawanan tadi sememangnya sengit. Bola lebih ringan daripada biasa, padang juga lebih keras daripada biasa. Kecergasan pemain kami juga lebih menurun berbanding perlawanan lain.
“Bagi saya, itu semua tidak boleh dijadikan sebagai alasan. Pemain Taiwan beraksi dengan agak baik yang membuatkan kami berdepan kesukaran. Saya hormati pasukan Taiwan,” tegas Pan-gon lagi seperti yang dikongsikan FAM.
Malaysia kini berada di tangga teratas kumpulan D dengan mengumpul 6 mata selepas dua kemenangan dalam dua perlawanan terawal mereka. Oman dan Kyrgyzstan berada di tangga kedua dan ketiga dengan 3 mata manakala Taiwan berada di tangga terbawah tanpa sebarang mata.
[…] “Target kami mengumpulkan 12 poin, itu lebih aman,” kata Kim Pan-gon, seperti yang dikutip dari Makan Bola. […]