Bola Sepakan Bintang JDT Terkena Kepala Penyokong
UltraSukan
JDT Futsal
Advertisements

Perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Gombak TOT United pada minggu lepas memberi kenangan berbeza buat seorang penyokong.

Ini selepas bola yang disepak bintang import Harimau Selatan, Helio Neto terkena kepala seorang penyokong wanita semasa perlawanan berlangsung.

Video insiden ini dimuatnaik seorang pengguna TikTok, CEO On Tour dan tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Advertisements

Bekas penyerang TOT United itu cuba melakukan rembatan tetapi bola sepakannya terkena pemain lawan sebelum melantun ke arah penonton wanita berkenaan.

Wanita tersebut tidak dapat menahan air mata kerana menahan kesakitan pada bahagian kepala. Ini mendorong seorang penonton lain dipercayai suaminya untuk menenangkan dia.

Lelaki tersebut turut memberi isyarat kepada pemain dan staf kejurulatihan kedua-dua pasukan di gelanggang bahawa wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisements

Sejak video tersebut dimuatnaik di platform TikTok, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.5 juta kali. Video itu turut mendapat 88,300 suka dan 2,490 komen.

CEO On Tour turut memaklumkan menerusi satu lagi video bahawa penyokong tersebut telah mendapat jersi Neto selepas tamat perlawanan.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan besar 6-1 JDT ke atas TOT United. Muhammad Saad Abdul Sani mencipta hatrik dengan Ridzwan Bakri dan Azri Rahman masing-masing menyumbat dua dan satu gol.

Advertisements

Sementara Ridhwan Zainal pula menyumbat gol saguhati buat TOT United. Kemenangan ini meletakkan JDT sebagai pendahulu liga selepas aksi pertama MPFL musim 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram