Boris Kok: Tiada Duit Untuk Beli Makanan
Dunia
Baris Kok
Advertisements

Rentetan daripada isu tunggakan gaji yang sedang melanda pasukan Sarawak United ketika ini, pemain import mereka, Boris Kok tampil meluahkan rasa kecewa terhadap majikannya.

Pemain pertahanan dari Kemboja itu dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya pada kelmarin menjelaskan situasi yang sedang melanda dirinya dan rakan sepasukan. Menurutnya, ada diantara mereka yang tidak cukup wang untuk makan. 

“Berita tentang tunggalan itu adalah rasmi. Kelab Sarawak United tidak membayar semua pemain dan kakitangan sejak 4 bulan, namun semua pemain masih mengekalkan sikap  profesional mereka ketika bermain dalam setiap perlawanan. “

Advertisements

“Keadaan terkini amat sukar. Tiada wang untuk membayar rumah, untuk membeli makanan, untuk bergerak dengan kereta termasuk untuk mengambil berat tentang keluarga kita. Semua orang banyak menderita tetapi kami tidak pernah bercakap dalam media kerana kami sangat menyayangi peminat Sarawak United dan juga penyokong Sarawak.”

“Kami tidak mahu menyalahkan kelab dengan menghormati mereka. Kami bersabar dan kelab berjanji berkali-kali untuk membayar kami sejak 3 bulan yang lepas. Tetapi hari demi hari keadaannya semakin teruk.”

Mengulas lanjut perihal dirinya, beliau menjelaskan bahawa beliau ke Perancis kerana mahu melawat cahaya matanya yang baru dilahirkan. Disebabkan tunggakan gaji ini, beliau sebenarnya boleh terus pulang ke pangkuan kelab asalnya di Kemboja, namun atas sebab menghormati pasukan dan penyokong, beliau masih setia bersama Sarawak United.

Advertisements

“Jadi tentang saya, situasi saya berbeza kerana kelab telah memberi saya 2 minggu gaji pada bulan Julai untuk pergi ke Perancis menyambut kelahiran anak. Jika diikutkan, selepas 3 bulan tanpa gaji, saya boleh melanggar kontrak saya dengan kelab mengikut peraturan FIFA dan kembali ke Kemboja kerana saya masih pemain pinjaman.”

“Bagaimanapun saya memberi peluang untuk kelab dengan menghormati peminat Sarawak. Sejak perlawanan menentang Kedah, mereka memberitahu bahawa akan membayar tiket penerbangan untuk sertai pasukan ketika menentang pasukan Johor, Pulau Pinang, Terranganu dan PJ City. Malangnya hingga kini, mereka tidak membuat apa-apa dan berkata saya boleh tinggal di Perancis sehingga mereka menyelesaikan tunggakan saya.”

“Jadi sekarang presiden berjanji kepada kami bahawa dia akan menyelesaikan semua keadaan yang menyedihkan ini dalam dua minggu akan datang. Kami berharap dia akan melunaskan kata-katanya sendiri untuk masa depan pasukan. Terima Kasih kepada semua,” luah Boris Kok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram