Advertising
Borneo Tagih Kepakaran Jurulatih Malaysia
MakanBola
Borneo FC

Kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC mendapat sentuhan jurulatih Malaysia dengan kehadiran jurulatih penjaga gol, Khairul Nizam Mohd Taib.

Perlantikan jurulatih berusia 47 tahun itu diumumkan Pesut Etam menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka pada 3 Julai lalu.

Ad

Kehadiran bekas jurulatih penjaga gol Kelantan FC itu menambah staf kejurulatihan yang membantu pengendali Borneo, Pieter Huistra.

Ad

“Menambah amunisi di sisi kejurulatihan, Borneo FC Samarinda rasmi membawa jurulatih penjaga gol berasal dari Malaysia, Khairul Nizam (Mohd Taib),” kata kelab dalam satu kenyataan.

Kepakaran Khairul Nizam diharap dapat meningkatkan lagi kualiti penjaga gol Pesut Etam. Musim 2023/24 menyaksikan pasukan itu memiliki rekod bilangan gol bolos paling sedikit iaitu 31 gol.

Ad

Khairul Nizam akan bekerjasama dengan seorang lagi jurulatih penjaga gol, Alex Mos untuk melatih empat penjaga gol pasukan itu. Mengikut data Transfermarkt, mereka ialah Nadeo Argawinata, Angga Saputro, Daffa Fasya dan Yogi Hermawan.

Ad

Selain Borneo dan Kelantan, Khairul Nizam pernah menjadi jurulatih penjaga gol PJ City FC, Marcerra United dan Penang FA (kini Penang FC).

Ad

Ini bukan kali pertama beliau berkelana ke luar negara sebagai jurulatih. Sebelum ini, Khairul Nizam juga pernah berkelana ke Guinea untuk melatih penjaga gol Twin Stars Academy.