Pemilik Buriram United menjelaskan bahawa kualiti Liga Malaysia tidak setanding di Thailand.
Perkara ini disuarakan oleh Newin Chidchob iaitu pemilik kelab gergasi Thailand itu selepas melihat masih terdapat perbezaan kualiti antara dua liga tersebut.
Kedua-dua pasukan telah bertemu pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) dengan keputusan perlawanan berakhir 0-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Menurut Newin, kualiti Liga Thailand secara keseluruhannya lebih baik berbanding Malaysia dan yakin bakal menewaskan JDT sekiranya bertemu sekali lagi.
“Kita boleh beraksi menentang satu sama lain lagi. Tak ada peluang mereka (JDT) terlepas selepas ini. Saya boleh katakan bahawa kualiti di Liga Malaysia tidak sama dengan Thailand secara jujurnya.
Beliau juga tidak risau dengan kemampuan JDT yang mendapatkan sentuhan ramai pemain import untuk beraksi dalam pasukan ketika ini.
“Sungguhpun JDT telah mendapatkan ramai pemain import, ia bukanlah sesuatu yang merisaukan saya,” katanya kepada Ball Thai Stand.
JDT kini merupakan pasukan terbaik di Asia Tenggara apabila menghuni tangga ke-10 disusuli oleh Buriram United di tangga ke-47 Asia.