Boys Of Straits Harap Rakyat Johor Di Sabah Turun Ke Likas
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Menjelang aksi Liga Super di antara Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat ini, kelab penyokong JDT yang digelar Boys Of Straits menyeru penyokong JDT di Sabah untuk turun ke Stadium Likas.

Dikhabarkan jualan tiket sangat laris terjual dengan anggaran lebih daripada 30,000 keping tiket telah dijual kepada para penyokong.

Ad

Boys Of Straits dalam satu muat naik di laman instagram rasmi mereka mengajak penyokong Johor yang kerja di Sabah ataupun bermastautin di Sabah untuk turun ke Stadium Likas pada lusa ini bagi memberi sokongan kepada pasukan JDT.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Boys Of Straits Official (@bosjohorofficial)

Ternyata pertemuan JDT dan Sabah di Stadium Likas pada Jumaat ini menjadi tumpuan banyak pihak memandangkan JDT kini berada di tangga teratas Liga Super manakala Sabah pula berada di tangga ke-2 Liga Super. Kedua-dua pasukan hanya dibezakan satu mata sahaja.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my)

Ad

Pasukan Sabah dilihat berpotensi menjadi pencabar terkuat JDT bagi saingan Liga Super musim ini selepas mempamerkan aksi konsisten sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Ad

Perlawanan ini juga dijangkakan akan ditonton oleh peminat bola sepak Indonesia yang mahu melihat pemain import Sabah dari Indonesia iaitu Saddil Ramdani dan juga pemain import baharu JDT, Jordi Amat yang semakin hampir menjadi pemain skuad kebangsaan Indonesia.