Cabaran kelab Bunga Raya Damansara (BR Damansara) dalam saingan Liga A1 Semi Pro semakin mantap dengan kehadiran tiga bekas pemain Perak FC.
Semakan data Transfermarkt mendapati Farhan Abdul Majid, Raja Imran Shah Raja Amin dan Sunil Chandran sah menyertai pasukan itu pada April lalu.
Ketiga-tiga pemain itu menyertai BR Damansara selepas kontrak mereka bersama The Bos Gaurus tidak diperbaharui untuk musim 2024/25.
Ketiga-tiganya memiliki pengalaman beraksi dalam Liga Super musim 2023. Ketiga-tiganya masing-masing merekodkan 19, tiga dan empat penampilan bersama The Bos Gaurus dalam semua kejohanan musim lepas.
Kehadiran trio ini menambah lagi kekuatan BR Damansara bila mengharungi saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25.
BR Damansara turut diperkuat beberapa nama besar seperti Khyril Muhymeen Zambri, K. Gurusamy dan R. Kogileswaran. Trio ini merupakan bekas pemain kebangsaan dan pernah beraksi di peringkat antarabangsa.
Kehadiran pemain-pemain ini membantu BR Damansara merekodkan prestasi baik dalam liga setakat ini. Pasukan itu merekodkan dua kemenangan dan mendahului liga selepas dua perlawanan.