Brendan Gan & KL City Berpisah, Bakal Kembali Ke Australia
MakanBola
KL City FC

Pemain tengah KL City, Brendan Gan sah bakal membawa haluan ke Australia.

Perkara ini diumumkan menerusi suatu hantaran perpisahan oleh KL City di laman media sosial yang dimulakan dengan berita bahawa Brendan Gan bakal memulakan kisah baharu di Australia.

Pihak kelab KL City mengucapkan selamat maju jaya kepada Brendan Gan sebelum tonggak tengah berusia 37 tahun itu memulakan perjalanan ke negara kelahiran beliau tidak lama lagi.

”Ketika Brendan Gan mulakan perjalanan baharu di Australia, kami ucapkan selamat maju jaya kepadanya dan siapa tahu, mungkin kisah ini akan bersambung ke satu lagi bab,” umum KL City.

Untuk rekod, Brendan Gan telah merekodkan 23 penampilan bersama KL City sejak tiba di awal musim lalu selain meledak 4 gol dan melakukan 4 bantuan jaringan buat skuad The City Boys.

Meskipun tak dinyatakan kelab baharu Brendan Gan selepas ini, namun difahamkan Sutherland Sharks FC yang bermain dalam saingan Divisyen Dua Australia akan menjadi destinasi beliau.

Ini selepas kemas kini di laman Transfermarkt memberikan bayangan awal bahawa beliau bakal pulang beraksi di Liga Australia untuk menyarung jersi pasukan Sutherland Sharks FC.