Brendan Gan: Komitmen Pemain Malaysia Sukar Dipersoal
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kapten Selangor FC, Brendan Gan mendedahkan komitmen para pemain terhadap skuad senior Malaysia berada pada tahap terbaik.

Ini kerana komitmen tersebut amat diperlukan menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 mereka menentang Kyrgyzstan dan Taiwan.

Atas sebab itu, Brendan percaya semangat begini mampu membantu Harimau Malaya untuk meraih kemenangan ke atas dua lawan dari Kumpulan D itu.

Advertisements

“Ya, jurulatih (Kim Pan-gon) boleh mencari kami pada bila-bila masa. Kita tidak bercakap tentang individu di sini. Kita satu pasukan dan kita berkorban dengan datang ke sini.

“Kita sentiasa mahu datang ke sini dan melakukan yang terbaik untuk negara kita. Jadi, bagi saya, saya melihat siapa yang datang ke sini, siang dan malam, apa yang mereka buat di hotel, apa yang mereka lakukan di padang latihan, mereka beri 100%. Mereka beri lebih daripada 100%.

Advertisements

“Dan itu yang kita perlukan untuk pasukan ini untuk meraih kejayaan. Pasukan memerlukan individu yang melakukan lebih daripada sepatutnya untuk menyelesaikan tugas.

“Sesiapa saja yang datang ke sini akan dapat mendapat sokongan penuh daripada staf-staf kejurulatihan. Dan kita juga mendapat sokongan antara satu sama lain.

Advertisements

“Sebagai pasukan, anda tak boleh menang bersendirian. Anda perlu menang bersama,” katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan Nadi Arena semalam.

Komitmen ini amat diperlukan bila Malaysia turun menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram