Perancang tengah Harimau Malaya, Brendan Gan dilaporkan telah menyertai kelab Australia.
Pemain berusia 37 tahun itu difahamkan tidak lagi bersama pasukan Lembah Klang, KL City FC selepas hanya bersama selama satu musim.
Tonggak tengah versatil itu menghabiskan hampir 5 musim bersama gergasi Liga Malaysia, Selangor FC sebelum membawa haluan baharu.
Teka-teki mengenai masa depannya terus menjadi perbincangan hangat dengan laman Transfermarkt memberi bayangan awal bahawa beliau bakal pulang beraksi di Liga Australia.
Brendan Gan dilaporkan akan menyertai kelab lamanya, Sutherland Sharks FC yang kini beraksi di National Premier League – New South Wales yang merupakan pentas Divisyen 2 di sana.
Sutherland difahamkan telah membawa masuk seramai 14 muka baharu bagi musim mendatang dengan Brendan bakal menjadi nadi jentera tengah pasukan bersama Nick Sullivan dan Dylan Susovic.