BRM Pasang Niat Untuk Tarik Diri Dari Liga-M3
Liga M3
BRM FC Kuala Kangsar
Advertisements

Beberapa hari lepas, kecoh di laman media sosial apabila kelab Liga M3, BRM menerima tajaan sebuah syarikat pembuat rokok elektronik. Susulan itu, pengurusan kelab telah memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengumumkan mahu menarik diri dari saingan liga berkenaan.

Hal ini dimaklumkan oleh CEO BRM, Ghafari Nasir di laman Facebook rasmi kelab hari ini.

“Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perkara yang berlaku berkaitan isu penajaan dari sebuah syarikat rokok elektronik.

Advertisements

“Rentetan isu ini, berkeberangkalian besar pasukan Kuala Kangsar BRM FC akan menarik diri dari saingan Liga M3 2023 atas masalah penajaan yang kami hadapi.

“Ahli lembaga pengarah kelab akan bermesyuarat dan membuat keputusan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Ini susulan kontroversi syarikat pembuat rokok elektronik, Aladdin Pro menjadi penaja untuk BRM semasa kelab memperkenalkan jersi baru mereka pada minggu lepas. Penajaan sebegini dianggap melanggar Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) pindaan 2004 yang dikuatkuasakan pada 14 Ogos 2004.

Advertisements

Majlis pelancaran jersi baru BRM itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.

Berikutan itu, Liga Bola Sepak Amatur (AFL) menerusi Pengerusinya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi sedang menunggu penjelasan daripada BRM tentang kontroversi tersebut.

BRM bukan satu-satunya pasukan yang pernah diselubungi kontroversi kerana menerima penajaan syarikat rokok elektronik. Beberapa tahun sebelumnya, Selangor juga pernah terpalit dengan isu sama sehingga terpaksa menggugurkan tajaan yang diterima.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram