Brunei Pamer Peningkatan Mendadak
Asia Tenggara
MakanBola
FA Brunei Darussalam
Advertisements

Pasukan Brunei Darussalam mencipta sensasi di rantau Asia Tenggara apabila menjadi antara pasukan terbaik dunia dalam kalendar antarabangsa FIFA bulan September.

Ini berdasarkan dua kemenangan yang diraih Sang Tebuan dalam aksi playoff kelayakan Piala Asia 2027 dengan Macau baru-baru ini.

Advertisements

Aksi playoff membabitkan enam pasukan yang terkandas dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2026. Hanya tiga pasukan saja yang mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Selain Brunei dan Macau, Kemboja, Sri Lanka, Timor Leste dan Mongolia turut beraksi dalam aksi playoff sama. Sang Tebuan mara ke pusingan ketiga dengan meraih kemenangan agregat 4-0 ke atas Seleccao do Lotus.

Advertisements

Meskipun Macau berada di kedudukan ke-185 dunia, itu bukan halangan buat anak buah Jamie McAllister meraih kemenangan. Selepas meraih kemenangan 3-0 di Bandar Seri Bagawan pada 6 September, Sang Tebuah meraih kemenangan 1-0 di Macau pada 10 September.

Kejayaan ini menyaksikan mereka mengutip 25.1 mata ranking FIFA. Kutipan ini meletakkan mereka berada dalam kelompok lima pasukan terbaik FIFA dari segi pertambahan mata.

Advertisements

Pungutan mata Brunei diatasi oleh Bolivia, Paraguay dan Angola. Ketiga-tiga negara ini masing-masing meraih kutipan 35.2 mata, 27.2 mata dan 25.4 mata.

Kutipan mata ini turut melonjakkan Brunei dari tangga ke-190 ke tangga ke-183 dunia. Sekiranya momentum ini dapat dikekalkan, Sang Tebuan berpeluang memintas Kemboja yang menduduki ranking ke-180.

Advertisements

Selain merekodkan pertambahan mata yang tinggi, Sang Tebuan masih mengekalkan rekod kemenangan 100% selepas lima perlawanan. Kali terakhir pasukan itu tewas ialah pada 22 Mac 2024 dalam saingan FIFA Series.

Brunei yang ketika itu dibimbing jurulatih Sepanyol, Mario Rivera tewas 2-0 kepada pasukan Bermuda. Aunde Todd dan Djair Parfitt-Williams mencipta nama sebagai penjaring buat pasukan Carribean itu.

Advertisements

Selepas ini, fokus Sang Tebuan ialah aksi kelayakan ASEAN Championship 2024 dengan Timor Leste. Pemenang bakal beraksi dalam Kumpulan A bersama Thailand, Malaysia, Singapura dan Kemboja.

News Comments Account