Bruno Fernandes Minta Man United Naikkan Gaji Cecah RM8.8 Juta Sebulan
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Kapten Man United, Bruno Fernandes mahu pasukan itu menaikkan gajinya agar setara dengan beberapa penerima gaji tertinggi di Old Trafford.

Akhbar Daily Mirror melaporkan beliau berbuat demikian bukan saja kerana mengambil kira kontraknya bakal berakhir pada tahun 2026.

Ad

Malah, sentimen ini turut didorong oleh keinginan gaji yang diterima hendaklah bersesuaian dengan status dirinya selaku kapten dan tonggak utama The Red Devils.

Ad

Ketika ini, Fernandes menerima gaji sekitar £220,000 (RM1.3 juta) seminggu. Walau bagaimanapun, nilai tersebut jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan nilai gaji yang diterima Marcus Rashford dan Jadon Sancho.

Dua bintang England itu merupakan penerima gaji tertinggi United dengan nilai sekitar £365,000 (RM2.2 juta) seminggu. Sementara pemain tengah Brazil, Casemiro menerima gaji sekitar £300,000 (RM1.8 juta) seminggu.

Ad

Meskipun Fernandes masih komited kepada United, beliau mahu kelab berusaha menyamai cita-citanya termasuk memburu trofi baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Ad

Atas sebab itu, beliau mahukan penjelasan tentang hala tuju kelab seandainya pengurusan The Red Devils memecat pengurus, Erik ten Hag dan membawa masuk pengurus baru.

Ad

Sekiranya permintaan bekas pemain tengah Sporting Lisbon itu dinafikan, beberapa kelab dilaporkan berminat mendapatkan Fernandes.

Salah satu daripadanya ialah kelab gergasi Bavaria, Bayern Munich. Munich dilaporkan mahu membawa Fernandes sebagai antara perpindahan pertama di bawah pengurus baru dari Belgium, Vincent Kompany.