Bruno Suzuki Bangga Dengan Pencapaian PDRM
Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Penyerang berdarah Brazil-Jepun, Bruno Suzuki mengakui bangga dengan pencapaian yang dilakar PDRM FC dalam Liga Super musim 2023.

Pada awal musim, tidak banyak harapan diberi kepada pasukan yang diberi jolokan The Cops itu. Malah, ada yang menyangka PDRM berkemungkinan berlegar dalam kelompok tercorot liga.

Bagaimanapun, PDRM membuktikan mereka bukan pasukan yang dipandang enteng dengan mengalahkan beberapa pasukan yang lebih baik dalam liga.

Advertisements

Antara pasukan yang telah merasa penangan The Cops ialah Selangor FC, Sabah FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sri Pahang FC.

Selain itu, mereka turut menggondol gelaran juara Challenge Cup selepas mengatasi cabaran Kuching City FC di pentas final.

Bagi Suzuki, ini satu pencapaian hebat buat PDRM dan diharap dapat diteruskan apabila musim baru Liga Malaysia (Liga M) bermula pada April tahun hadapan.

Advertisements

” Pada awalnya, ramai orang sangka PDRM akan menamatkan musim di kelompok tercorot. Tetapi kita telah buktikan kepada mereka bahawa kita mampu melawan dan menamatkan musim di tempat kelapan.

“Dan kita memenangi satu trofi (musim ini iaitu) Challenge Cup. Jadi, (saya) amat bangga dengan pasukan saya. Tahniah sekali lagi, PDRM FC,” katanya di akaun X peribadinya semalam.

Suzuki sudah menjaringkan 11 gol dalam 30 penampilan bersama PDRM FC musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram