Bruno Suzuki Yakin PDRM Terus Konsisten Sukarkan Lawan
MakanBola
PDRM FC
Sponsors

Keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) dalam aksi bertemu Terengganu FC semalam bukanlah sesuatu yang menggembirakan Terengganu namun ianya cukup baik buat PDRM. Ini kerana buat PDRM, mereka tiada tekanan memandangkan mereka bukan kelab besar seperti Terengganu.

Perkara itu dikongsikan oleh penyerang PDRM, Bruno Suzuki. Beliau merasakan apabila PDRM berhadapan dengan pasukan-pasukan besar, para pemain akan lebih bermotivasi untuk mencipta kejutan dalam perlawanan tersebut.

Ad

“Jika menentang pasukan besar, saya rasakan lebih bermotivasi kerana bagi kami tiada tekanan. Pasukan lawan yang akan rasakan tekanan itu memandangkan mereka pasukan yang besar. Jadi kami boleh beri saingan yang baik kepada mereka disebabkan tiadanya tekanan,” jelas Bruno Suzuki dalam satu temubual selepas perlawanan.

Ad

Dalam masa yang sama, Bruno turut yakin PDRM akan terus memberi saingan sengit kepada lawan mereka walaupun Liga Super akan berehat untuk tempoh dua minggu.

“Saya rasa kami akan teruskan aksi seperti sekarang kerana pasukan ini semakin erat seperti sebuah keluarga,” jelas Bruno lagi.

Ad

PDRM FC kini berada di tangga kelapan Liga Super dengan mengutip 23 mata selepas 17 perlawanan yang telah diharungi. Mereka akan meneruskan saingan Liga Super dengan aksi menentang Kelantan United pada 28 Julai ini.

Ad

Ad