Advertising
“Bukan Nama Besar Tapi Pengalaman Luas Di Asia”- Zulhelmi
Harimau Malaya
MakanBola
Aima/MakanBola

Ciri-ciri pengendali baharu Harimau Malaya disebut-sebut sebagai salah seorang individu yang berpengalaman luas di Asia.

Baru-baru ini, pengendali Harimau Malaya iaitu Pau Marti Vicente memaklumkan bahawa tugasan pada aksi Piala Mitshubishi Electric ASEAN (AMEC) bakal menjadi tugasan terakhirnya bersama pasukan negara.

Ad

Pengganti bagi jurulatih baharu skuad kebangsaan dijangka bakal diumumkan tidak lama lagi sekaligus bakal mengemudi pasukan bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Ad

“Saya ingin memaklumkan bahawa Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

“Keputusan ini dibuat susulan komunikasi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berhubung penstrukturan semula Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

Ad

Perkara itu dinyatakan menerusi satu hantaran oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang memaklumkan bahawa pengendali baharu pasukan kebangsaan merupakan individu yang memiliki pengalaman luas di Asia.

Ad

“Tugasan mencabar buat jurulatih baru Harimau Malaya, bukan nama besar tapi miliki pengalaman luas bola sepak Asia menerusi pencapaian di pentas antarabangsa dan domestik,” ujarnya di laman X.

Ad

Beberapa nama mula dikaitkan untuk mengisi jawatan tersebut termasuklah pengendali Tottenham Hotspurs, Angle Postecoglou, Kevin Muscat (Shanghai Port), Peter Cklamovski (FC Tokyo) dan juga Harry Kewell (Yokohama FM).

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung individu yang dinyatakan untuk dilantik bagi mengemudi Harimau Malaya daripada FAM atau individu itu sendiri.