Bukit Tambun Jadi Belasahan Kedah Darul Aman
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meraih kemenangan besar 7-0 ke atas kelab Liga A1 Semi-Pro, Bukit Tambun FC dalam satu aksi persahabatan tertutup.

Aksi persahabatan tertutup ini merupakan sebahagian daripada usaha jurulatih Kedah, Nafuzi Zain untuk mengekalkan kecergasan barisan anak buahnya.

Meskipun ini sekadar aksi persahabatan, Nafuzi menurunkan barisan terkuat termasuk tonggak import pasukan seperti Sony Norde, Ebenezer Assifuah dan Milos Gordic.

Ad

Kekuatan yang dimiliki Sang Kenari cukup ketara apabila pasukan itu menyumbat tiga gol pada separuh masa pertama. Norde, Gordic dan Assifuah memastikan Kedah mendahului 3-0 sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada separuh masa kedua, Kedah terus ghairah memburu jaringan. Hasilnya, Norde dan Assifuah menambah satu lagi gol.

Sementara baki dua gol lagi disumbangkan oleh Fayadh Zulkifli dan Aiman Afif. Keputusan 7-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad
Ad

Keputusan ini memberi suntikan moral kepada Kedah menjelang aksi liga mereka yang seterusnya pada 19 Oktober.

Ad

Tarikh tersebut menyaksikan pasukan itu melayan kunjungan finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC di Stadium Darul Aman. Kedah memburu kemenangan pertama sejak kali terakhir melakukannya pada 12 Julai lalu.

Kedah pada ketika itu menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-0 menerusi Rizal Ghazali, Syafiq Ahmad dan Norde.