Ads
Asia
J. League International

Buriram United mencipta kejutan dengan mengalahkan kelab Liga-J, Hokkaido Consadole Sapporo 5-2 dalam perlawanan kedua Cabaran Asia Liga-J 2022.

Advertisements

Thunder Castle terlebih dahulu di hadapan menerusi lambungan jarak jauh Ayub Masika pada minit ketujuh.

Advertisements

Dua minit selepas itu, gol sendiri Toya Nakamura membantu tuan rumah melebarkan kelebihan ke atas pasukan pelawat.

Advertisements

Advertisements

Bagaimanapun, Consa berjaya menyamakan kedudukan menerusi dua gol selang dua minit iaitu Tsuyoshi Ogashiwa (minit ke-14) dan Ren Fujimura (minit ke-16).

Selepas rehat, Thunder Castle kembali mendahului menerusi Arthit Boodjinda pada minit ke-61 selepas menerima hantaran lintang Frank Castaneda.

Advertisements

Beberapa minit selepas itu, pemain gantian Lonsana Doumbouya menjaringkan gol keempat Buriram bagi melebarkan kelebihan ke atas Hokkaido.

Penyerang kebangsaan Thailand Supachai Chaided menambah derita Hokkaido dengan gol jarak jauh pada minit ke-86.

Perlawanan ini dianggap istimewa buat Supachok Sarachat kerana dapat mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Buriram selepas menyertai Consa secara pinjaman pada Julai lepas.

Hokkaido hari ini telah menukar status perpindahan pinjamannya kepada perpindahan tetap dengan kontrak selama lima tahun.

Advertisements

Consa bakal berdepan Kawasaki Frontale untuk perlawanan ketiga dan terakhir Cabaran Asia Liga-J 2022 pada 15 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram