Buriram United Juara Thai League 1 Buat Kali Ke-11
MakanBola
Buriram United FC
Sponsors

Jaguh Asia Tenggara, Buriram United mengesahkan satu lagi kejuaraan Thai League 1 setelah tewaskan Nongbua Pitchaya pada Rabu.

Sebelum perlawanan terakhir ini, Buriram United memimpin carta liga dengan mengumpul 67 mata, hanya satu mata di hadapan pencabar terdekat iaitu Bangkok United di tangga kedua.

Ad

Kemenangan ke atas Nongbua Pitchaya di laman sendiri akan memastikan gelaran juara Thai League 1 ke-11 untuk pasukan Buriram United yang juga kali ke-4 berturut-turut sejak tahun 2021.

Ad

Walau bagaimanapun, Buriram turun tanpa tonggak Harimau Malaya, Dion Cools dengan Lucas Crispim diberi tugas untuk beraksi di posisi sayap kanan yang sinonim dengan kapten pasukan negara itu.

Ternyata, Buriram jelas berada di tahap tersendiri apabila tak berdepan masalah untuk membelasah Nongbua Pitchaya ini dengan Guilherme Bissoli dan Martin Boakye masing-masing mencetak dua gol.

Ad

Sementara, Lucas Crispim, Pansa Hemviboon serta Phitiwat Sukjitthammakul pula menjaringkan satu gol bagi lengkapkan kemenangan besar 7-0 Buriram United di gelanggang sendiri ini.

Ad

Keputusan ini memastikan trofi Thai League 1 masih kekal milik Buriram United untuk kali ke-4 berturut-turut tatkala pasukan pencabar, Bangkok United pula sekadar seri 2-2 menentang PT Prachuap.

Ad

Untuk rekod, Buriram United muncul juara Thai League 1 pada musim 2008 (masih bergelar PEA FC), 2011, 2013, 2014, 2015, 2017, 2018, 2021-2022, 2022-2023, 2023-2024 dan terbaharu 2024-2025.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments