Buriram United Tawarkan Peluang Menonton Perlawanan Atas Katil Di Stadium
MakanBola
Dunlopillo
Sponsors

Selalunya bila menonton perlawanan di stadium, penyokong biasanya akan duduk di tempat duduk stadium. Tetapi kelab Thailand, Buriram United memberi peluang kepada penyokong untuk menonton perlawanan mereka dari atas katil!

Ini disebabkan baru-baru ini, Thunder Castle telah membuka sebuah lounge VIP eksklusif yang diberi nama Dream Power Club di Chang Arena. Di sinilah, penyokong dapat menonton aksi pasukan kesayangan mereka dari atas katil sambil menerima layanan persis hotel lima bintang.

Ad

Lounge sebegini dianggap yang pertama seumpamanya wujud di stadium bola sepak di dunia. Ia terhasil menerusi kerjasama Buriram United dengan Dunlopillo, jenama tilam nombor satu di United Kingdom.

Ad

Di bawah konsep ‘keselesaan sebahagian daripada memenuhi semangat sukan’, bahagian dalaman lounge dihias indah dengan kelengkapan tidur dan perabot berwarna putih.

Sementara katil elektrik boleh diselaraskan mengikut keselesaan penggunanya. Di samping itu, Dream Power Club turut menawarkan pelbagai kemudahan lain termasuk makanan dan minuman berkualiti kepada tetamu yang menggunakannya.

Ad

Tetapi buat masa ini, Dream Power Club hanya dibuka kepada tetamu istimewa yang menerima jemputan sama ada daripada Buriram atau Dunlopillo. Justeru, penyokong harus sentiasa mengikuti perkembangan Facebook dan Instagram Dunlopillo Thailand jika ingin merasai keselesaan Dream Power Club.

Ad

Antara yang sudah merasai kenikmatan berada di Dream Power Club ialah pelakon wanita terkenal Thailand, Diana Flipo. Flipo merupakan antara orang pertama menggunakannya apabila lounge itu dibuka semalam.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Dunlopillo Thailand (@dunlopillothai)

Dia bersama seorang rakan pelakon lain berpeluang menyaksikan Buriram merobek gawang Chonburi menerusi Supachai Chaided (minit ke-42) dan penalti Goran Causic (minit ke-63).