Calon Penjaga Gol Harimau Malaya Ditemui Di New Zealand
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Calon baharu yang berpotensi untuk mengisi posisi penjaga gol negara telah ditemui di New Zealand.

Khabar mengenai beberapa pemain warisan yang berpotensi untuk menyertai skuad kebangsaan hangat diperkatakan selepas terdapat dua penambahan baharu dalam pasukan kebangsaan.

Ad
Sponsors

Ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski telah memanggil khidmat dua pemain warisan dari luar negara iaitu Gabriel Palmero yang beraksi di Sepanyol bersama CD Tenerife B.

Ad

Perancang tengah kacukan Belanda, Hector Hevel turut membantu Harimau Malaya dan menjadi nadi pasukan kebangsaan ketika menewaskan Nepal pada aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.

Menurut laporan oleh Harimau Abroad, Malaysia berpotensi untuk memiliki seorang lagi penjaga gawang yang beraksi di luar negara iaitu Logan Kinajil-Moran.

Ad

Pemain berusia 22 tahun itu kini beraksi buat Miramar Rangers B-23 di New Zealand dan menjadi antara prospek masa depan sekiranya bersama pasukan kebangsaan.

Ad

Beliau juga beraksi buat sebuah universiti di Amerika Syarikat dan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi datuknya yang didakwa merupakan orang Sabah.

Ad

“Penjaga gol kelahiran New Zealand, Logan Kinajil-Moran kini bermain untuk Universiti Rochester. Menurut profil Bucknell Bisonnya. Beliau mempunyai seorang datuk dari Sabah,” ujarnya di laman X.

Setakat ini, status pertalian darah beliau dengan Malaysia masih belum dipastikan oleh mana-mana pihak tatkala masih boleh mewakili skuad Malaysia B-23.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments