Cape Verde Bawa 36 Pemain Lawan Malaysia, Ada Bintang Serie A
MakanBola
FCF

Lawan skuad Harimau Malaya, Cape Verde mengumumkan senarai 36 pemain untuk aksi menentang Malaysia dengan nama bintang Serie A turut berada sama.

Pengumuman ini dikongsikan menerusi sebuah kenyataan di laman sesawang Persekutuan Bola Sepak Cape Verde (FCF) yang menyaksikan seramai 36 pemain telah dipanggil oleh ketua jurulatih, Bubista.

Daripada senarai 36 pemain itu, tumpuan pastinya terarah kepada nama-nama yang bermain di liga tertinggi Eropah seperti bek Villareal, Logan Costa dan tonggak tengah PEC Zwolle, Jamiro Monteiro.

Selain itu, Cape Verde yang ketika ini menduduki ranking ke-72 dunia juga memanggil Dailon Livramento, penyerang bagi kelab Serie A, Hellas Verona di Itali untuk menambah sengat jentera serangan.

Malah, pemain sayap Selangor, Alvin Fortes serta pertahanan PSM Makassar, Yuran Fernandes antara nama yang tak asing lagi kepada peminat bola sepak tempatan turut berada dalam senarai ini.

Cape Verde bakal menjadi lawan pasukam Harimau Malaya dalam aksi persahabatan terbuka pada 29 Mei di Stadium Cheras dan secara tertutup di Bukit Jalil pada 3 Jun 2025 ini.

Selepas itu, Cape Verde akan terbang ke bandar Kutaisi bagi menghadapi perlawanan persahabatan ke-3 mereka bertemu Georgia manakala tugas getir menanti skuad negara apabila berdepan Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia.

Senarai 36 pemain Cape Verde untuk aksi pada bulan Jun.

Henrique Tavares – FC Rousset (France)
Josimar Dias ‘Voice’ – GD Chaves (Portugal)
Márcio da Rosa – Hebar (Bulgaria)

Edilson Borges ‘Diney’ – Al Bataeh (United Arab Emirates)
Logan Costa – Villarreal (Spain)
João Paulo Fernandes – Sheriff (Moldova)
Jorge Xavier ‘Jojó’ – FC Vizela (Portugal)
Steven Moreira – Columbus Crew (United States of America)
Wagner Pina – Estoril Praia (Portugal)
Yuran Fernandes – PSM Makassar (Indonesia)
Sidny Lopes Cabral – FC Viktoria Köln (Germany)
Rivaldo Morais – Farense (Portugal)
Bruno Almeida – Atlético CP (Portugal)
Ricardo Santos – Bolton Wanderers (England)
David Moreira – Sporting (Portugal)

Deroy Duarte – Ludogorets (Bulgaria)
Jair Semedo ‘Yannick’ – FC Vizela (Portugal)
Jamiro Monteiro – Zwolle (Netherlands)
Kevin Pina – FK Krasnodar (Russia)
Fabricio Garcia – Estoril Praia (Portugal)
Aílson Tavares – FC Felgueiras (Portugal)
Elson Mendes – Sochaux (France)
David Costa – Torreense (Portugal)
Ilano Timas – MVV (Netherlands)
Laros Duarte – Puskás Academy FC (Hungary)
Sidnei Tavares – Moreirense (Portugal)

Dailon Livramento – Hellas Verona (Italy)
Garry Rodrigues – Sivasport (Turkey)
Jovane Cabral – Estrela da Amadora (Portugal)
Ruben Pina – GD Chaves (Portugal)
Ryan Mendes – Kocaelispor (Turkey)
Luís Lopes ‘Duk’ – Leganés (Spain)
Alvin Fortes – Selangor (Malaysia)
Heriberto Tavares – Maccabi Netanya (Israel)
Bryan Teixeira – FC Magdeburg (Germany)
Gilson Benchimol – Akron Togliatti (Russia)