Cape Verde Ujian Terbaik Buat Malaysia Menurut Peter Cklamovski
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menganggap pertemuan berdepan Cape Verde adalah satu ujian terbaik buat Malaysia.

Pada Jumaat, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran mengumumkan Cape Verde bakal menjadi pasukan lawan skuad kebangsaan sebelum turun berdepan Vietnam.

Ad
Sponsors

Menurut Peter Cklamovski, kem latihan yang telah diatur oleh pihak pengurusan merupakan satu fasa yang penting kepada pasukan dalam mempersiap serta membina gaya permainan yang terbaik.

Ad

”Kem latihan yang kami rancang adalah fasa penting untuk persiapan menentang Vietnam.”

“Kem latihan ini lebih daripada sekadar persiapan tapi ia tentang membina permainan kami dengan tujuan sebenar,” ujar Peter Cklamovski.

Ad

Oleh itu, Cklamovski melihat perlawanan pemanas badan menentang Cape Verde kali ini umpama satu ujian terbaik buat skuad Harimau Malaya tatkala lawan dibarisi pemain terbaik di Eropah.

Ad

”Untuk menguji diri sendiri dengan lawan yang kuat pada aksi persabahatan antarabangsa, skuad kebangsaan Cape Verde adalah salah sebuah negara terbaik di rantau Afrika,”

Ad

”Mereka dibarisi pemain yang beraksi di pentas tertinggi di Eropah, ini adalah ujian yang kami perlukan bagi mencabar dan membantu kami berkembang sebagai satu pasukan.”

Aksi Malaysia vs Cape Verde akan berlangsung pada 29 Mei ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dengan sepak mula tepat jam 9 malam.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments