Cara Cristiano Ronaldo Sujud Syukur Raikan Gol Buat Ramai Tersentuh
Asia
@zyadkurd
Advertisements

Gol Cristiano Ronaldo pada minit ke-59 sudah cukup untuk membantu Al-Nassr mengalahkan Al-Shabab dalam perlawanan Saudi Pro League semalam. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai pengguna media sosial ialah tindakan legenda Portugal itu melakukan sujud syukur sebelum melakukan keraian Siuunya.

Ronaldo tahu sekiranya Al-Alami tewas kepada Al-Shabab, maka itu sudah cukup untuk Al-Hilal bergelar juara liga musim ini. Dan itu hampir menjadi kenyataan apabila Al-Nassr ketinggalan 2-0 dalam tempoh 40 minit menerusi dua gol Cristian Guanca pada minit ke-25 dan 40.

Tetapi tuan rumah merapatkan jurang menerusi Talisca sebelum rehat separuh masa. Ini disusuli gol Abdulrahman Ghareeb (minit ke-51) dan rembatan deras Ronaldo pada minit ke-59.

Advertisements

Penyokong dan pemain-pemain Al-Nassr yang teruja dengan impak legenda Manchester United itu kemudiannya tersentuh bila melihat beliau melakukan sujud syukur. Setelah itu, barulah bekas penyerang Juventus itu melakukan keraian Siuunya.

Ini menunjukkan beliau bukan sekadar memahami norma agama dan budaya masyarakat Arab Saudi. Malah, ia satu tanda kesyukuran kerana Al-Nassr masih ada peluang mengejar Al-Hilal untuk perebutan gelaran Saudi Pro League.

“Ketinggalan 2-0 memang sukar tetapi kami percaya sehingga ke akhirnya dan menjaringkan tiga, jadi tahniah kepada pasukan dan para penyokong yang sememangnya mengagumkan hari ini,” katanya dalam satu temubual pasca-perlawanan.

Advertisements

Al-Nassr masih berpeluang meraih kejuaraan liga sekiranya menang baki dua perlawanan menentang Al-Ittifaq dan Al-Fateh. Mereka juga perlu berharap Al-Hilal tewas dalam salah satu daripada dua perlawanan mereka iaitu menentang Al-Feiha dan Al-Ta’ee.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram