Cardiff City Dikenakan Sekatan Perpindahan
Dunia
MakanBola
Heart Wales News
Advertisements

Cardiff City yang dimiliki jutawan negara, Tan Sri Vincent Tan dikenakan sekatan perpindahan oleh English Football League (EFL) semalam. Ini selepas kelab yang berpangkalan di Wales itu gagal membayar ansuran pertama yuran perpindahan £15 juta (RM80.6 juta) kepada Nantes membabitkan mendiang Emiliano Sala.

Sala meninggal dunia dalam satu kemalangan kapal terbang pada Januari 2019 semasa dalam perjalanan ke Cardiff dari Perancis. Ini mencetuskan perdebatan tentang Sala milik kelab mana dan sama ada yuran perpindahan penyerang Argentina itu patut dibayar atau tidak. Ini memaksa kedua-dua kelab merujuk perkara ini kepada tribunal FIFA bagi menentukan keputusan yang terbaik kepada Cardiff dan Nantes.

Advertisements

Pada Ogos 2022, tribunal FIFA memutuskan Bluebirds perlu membayar ansuran pertama yuran perpindahan £15 juta (RM80.6 juta) kepada Nantes. Ini memaksa Cardiff merujuk hal ini kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland tetapi CAS juga membuat ketetapan sama. Satu-satunya pilihan yang tinggal ialah membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan Switzerland dengan keputusan dijangka diketahui sekitar Januari atau Februari 2023.

Pengerusi Bluebirds, Mehmet Dalman berkata, “Terdapat banyak perbincangan undang-undang yang sedang dijalankan dan ia akan berterusan tetapi kami telah menerima invois pertama daripada Nantes. Kami tidak membayarnya dan pada peringkat ini, kami tiada niat untuk membayarnya sehingga rundingan tertentu yang dijalankan membuahkan hasil.

Advertisements

“Ini meletakkan EFL dalam kedudukan perlu mengenakan sekatan perpindahan ke atas kami secara automatik, tetapi sehingga Januari ianya tak memberi makna pun. Sehingga Januari, saya percaya akan ada lebih banyak perkembangan. Kami akan bekerja keras bagi memastikan kami dapat berurus niaga pada ketika itu (Januari).”

Situasi ini pastinya meresahkan pengurus Bluebirds, Mark Hudson kerana tidak dapat menambah pemain pada Januari. Ini ditambah dengan kedudukan Cardiff yang hanya dipisahkan satu mata dengan zon penyingkiran Liga Kejohanan. Cardiff pernah beraksi di EPL sebanyak dua kali iaitu musim 2012/2013 dan 2018/2019.

Advertisements

Situasi ini juga dijangka meresahkan Tan. Dengan KV Kortrijk dalam zon penyingkiran Liga Pro Belgium dan Cardiff dikenakan sekatan perpindahan, ia merupakan satu berita buruk kepada jutawan yang turut memiliki FK Sarajevo dan pegangan dalam Los Angeles FC itu. Diharapkan tahun baru yang bakal menjelang mengubah nasib dua kelab ini.

News Comments Account