Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima sebuah tajaan bernilai lebih RM2 juta daripada pihak CARSOME.
Pada Khamis, CARSOME, Rakan Automotif Rasmi FAM telah menyerahkan 15 buah kenderaan yang dihiasi dengan logo CARSOME dan FAM bagi menyokong keperluan operasi dan logistik badan induk itu.
15 kenderaan pelbagai jenis yang diserahkan itu terdiri daripada Proton X90, Proton X70, Mazda CX-5, Nissan Serena, BMW 3 Series, Volvo XC40, Mercedes-Benz GLC, dan Toyota Alphard.
Kenderaan ini akan digunakan oleh pasukan kebangsaan lelaki dan wanita, serta pengurusan FAM bagi memastikan perjalanan yang selamat dan selesa sepanjang jadual bola sepak berlangsung.
Ketika sesi sidang media, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CARSOME, Eric Cheng, menyatakan bahawa penajaan ini berjumlah RM2 juta termasuklah 6 buah kenderaan yang diserahkan di Johor Bharu sebelum ini.
Majlis penyerahan yang berlangsung di CARSOME Automall ini turut menandakan pelancaran acara CARSOME Autofair 2025 selama 4 hari dari 22 hingga 25 Mei dengan pelbagai promosi eksklusif, aktiviti menarik, dan penyertaan komuniti untuk pelanggan serta peminat bola sepak
Dalam acara Autofair ini, peminat bola sepak Malaysia juga berpeluang bertemu dengan Pemain Pasukan Kebangsaan dalam sesi ramah mesra yang akan diadakan pada 24 Mei 2025.
Para pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti jersi yang ditandatangani oleh pemain skuad kebangsaan, tiket aksi Malaysia vs Vietnam, baucar tint kereta, baucar pembalutan kereta penuh, dan jersi CARkey Bola edisi terhad.