Advertisements
Celta Vigo Belasah Al-Nassr 5-0
Eropah
MakanBola
Al-Nassr FC

Kelab La Liga, Celta Vigo mencipta kejutan dengan membelasah pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Nassr 5-0 dalam aksi persahabatan pra-musim awal pagi tadi.

Biarpun dibarisi ramai pemain bintang termasuk legenda Portugal, Cristiano Ronaldo, Celta langsung tidak gentar dengan cabaran Al-Alami.

Tetapi mereka hampir ketinggalan pada babak pertama menerusi Ronaldo tetapi percubaan bekas penyerang Manchester United itu gagal disempurnakan.

Kesempatan ini direbut anak-anak buah Rafa Benitez pada babak kedua dan mereka tidak menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi Gael Alonso pada minit ke-52.

Miguel Rodriguez kemudiannya membolosi gawang Al-Nassr sebanyak dua kali pada minit ke-62 dan 71.

Jorgen Strand Larsen memastikan kecemerlangan Los Celestes tidak dicabar menerusi gol keempat dan kelima pada minit ke-73 dan 75.

Kekalahan besar ini perlu dipandang serius oleh jurulatih baru Knights of Najd, Luis Castro lebih-lebih lagi dengan status Celta dalam La Liga musim lepas.

https://youtu.be/KQHJTNfxyyw

Musim 2022-2023 menyaksi Los Celestes menduduki tempat ke-13 dalam liga sekaligus menjadikan mereka sepatutnya lawan mudah buat Al-Alami tetapi itu tidak berlaku.

Selepas ini, Al-Nassr perlu berdepan tiga pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lepas iaitu Benfica, PSG and Inter Milan untuk baki aksi pra-musim.