Pasukan gergasi Liga Australia, Central Coast Mariners telah membuat keputusan untuk menandatangani penyerang berbisa China pada jendela perpindahan kali ini.
Penyerang itu dikenali sebagai Wurigumula iaitu peledak Antarabangsa China menjelang musim Liga Wanita A-League.
Beliau menyertai Liga Super China Wanita dan kali terakhir beraksi buat Changchun Jiuyin pada musim liga 2022.
Wurigumula dikenali sebagai seorang bintang yang begitu tenang di hadapan gawang selain memiliki pengalaman antarabangsa yang luas.
Pemain berusia 27 tahun itu beraksi untuk China pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, bermain lebih 100 minit dalam kempen tersebut.
Beliau telah menjadi pemain utama buat pasukan kebangsaan wnanita China yang kini beraksi untuk mereka di Sukan Asia 2023.
“Saya sangat teruja untuk menandatangani kontrak dengan Mariners untuk musim Liga-A. Saya telah mendengar perkara yang hebat tentang bola sepak Australia dan Central Coast Mariners sebagai sebuah kelab, jadi saya teruja untuk menyertai mereka,” katanya.
“Ia sangat bagus untuk pasukan kembali ke pertandingan musim ini dan saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripadanya. Mariners begitu menyokong setakat ini dan saya teruja untuk bermula.”
Penambahan ini sudah pasti memberi impak yang besar untuk pasukan terus mencipta lebih banyak kejayaan pada musim baharu.