Advertisements
CEO Kedah Letak Jawatan
Liga Super
MakanBola
Kedah Darulaman FC

Kelab Kedah Darulaman FC mengumumkan bahwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Encik Khamal Idris Haji Ali telah meletakkan jawatan hari ini.

Advertisement

Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook Kedah Darul Aman FC, perletakan jawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada idea baharu dalam membentuk kelab dan dapat meneruskan legasi kelab. 

Banyak pembaharuan yang dibuat oleh Encik Khamal Idris setelah 4 tahun bersama bermula pada tahun 2020.

Advertisement

“Lembaga Pengarah Kedah Darulaman FC pada hari ini mengumumkan, Encik Khamal Idris Haji Ali telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDA FCbagi memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan beliau setelah 4 tahun menabur bakti bersama kelab.

“Perletakkan Jawatan ini juga diambil atas rasa tanggungjawab untuk membuka peluang kepada yang lebih berkelayakan dan berkemampuan.

Advertisement

Kenyataan dikeluarkan pada 1 Februari 2024

Advertisement

Ini adalah satu kehilangan besar buat para penyokong Kedah dengan berita ini kerana kredibiliti beliau dalam membina  pembangunan bola sepak kelab.

Rata-rata penyokong di ruangan komen milik Facebook KDA FC mendoakan moga bisnes beliau terus berkembang maju dan jayanya.

Advertisement