Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Seperti dijangka, ramai menganggap keputusan PDRM FC merehatkan jurulatih Azzmi Aziz dan melepaskan kapten Azmi Muslim sebagai mengejutkan. Tetapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Cops, ASP Mohamad Hafiz Zainal Abidin menyatakan kelab ada sebab mengambil tindakan tersebut.

Advertisements

Pengurusan The Cops melihat kekalahan tujuh kali berturut-turut yang dialami pasukan sejak April sebagai punca Azzmi direhatkan.

Pengurusan telah menimbang semua tindakan yang diambil tetapi dilihat berhati-hati memberi alasan tepat tatkala Sang Saka Biru ketika ini menghuni tangga kelapan Liga Super.

Advertisements

“Itu yang keputusan yang kita buat tetapi bersandarkan atas sebab teknikal yang tepat, itu yang kita tekanankan. Dan kita pun dalam proses melihat kedudukan yang kita boleh tambahbaik dan penstrukturan pasukan.

“Jadi, saya fikir ini bukan satu isu besar sebenarnya. Tetapi pemain dan jurulatih datang dan pergi. Ia berlaku seperti anda cakap kita berada di kemuncak prestasi dan benda itu berlaku.

Advertisements

“Pada kami, itu kita telah bincangkan dengan pemain, agak lama kita bincangkan. Dan turut mendapat persetujuan ahli-ahli lembaga pengarah dan kita rasa itulah keputusan yang kita sudah sepakat untuk ambil.

“Jadi, apa nak buat? Pemain datang dan pergi. Jurulatih pun datang dan pergi. Apa yang kita ada sekarang, kita akan fokus perlawanan dengan Perak,” katanya bila ditemubual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Susulan keputusan ini, PDRM FC akan memberi pampasan kepada Azmi. Tetapi untuk Azzmi pula, satu perbincangan bakal diadakan dalam dua minggu ini bagi mencari ketetapan.

“Kami akan rujuk kepada guaman (Persatuan Bolasepak Malaysia) FAM sama ada kami akan memilih pampasan asas ataupun tertakluk kepada perbincangan kami yang tidak dapat didedahkan berhubung termanya,” tambahnya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram