CEO Perak Terkejut Lihat Jualan Tiket Kepada Penyokong Selangor
Liga Super
Perak Football Club
Advertisements

Pertembungan Perak FC dan Selangor FC dalam aksi Liga Super malam ini pasti akan menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, kedua-dua pasukan mempunyai jumlah penyokong yang ramai dan sejarah kejayaan yang tersendiri.

Namun begitu, sesuatu yang mengejutkan apabila penyokong pasukan pelawat iaitu Selangor dikatakan lebih ramai membeli tiket berbanding penyokong tuan rumah iaitu Perak. Perkara tersebut telah dikongsikan CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsudin.

Bobie berkongsi jumlah tiket yang telah terjual setakat semalam di laman Facebook, TBG Super Fan. Beliau nyata terkejut dengan penyokong Selangor yang lebih ramai membeli tiket perlawanan malam ini berbanding penyokong Perak.

Advertisements

Dalam kemaskini terkini Bobie, tiket yang telah terjual kepada penyokong Selangor melebihi 1000 keping manakala jualan tiket buat penyokong Perak jika dicampur secara online dan offline, masih belum mencapai angka 1000.

Selangor yang kini menghuni tangga ke-2 liga sudah tentu mahu bangkit semula daripada kekalahan kepada Sabah FC pada perlawanan terdahulu. Berbeza buat Perak apabila mereka berjaya meraih kemenangan dalam aksi terdahulu menentang Kelantan FC.

Advertisements

Perlawanan yang diadakan di Stadium Negeri Perak Darul Ridzuan itu akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 pada jam 8.15 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram