Cerita Berbeza Syafiq Ahmad & Shahrel Fikri Bersama Harimau Malaya
Harimau Malaya
AFC & FA Malaysia
Advertisements

Dua penyerang sensasi Harimau Malaya, Syafiq Ahmad dan juga Shahrel Fikri menerima nasib yang berbeza menjelang panggilan ke kem latihan kebangsaan kali ini.

Prestasi memberangsangkan penyerang utama Negeri Sembilan, Shahrel Fikri pada musim ini telah menyebabkan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon ‘buka mata’ terhadap kemampuan sebenarnya.

Pemain berusia 28 tahun itu bergelut dengan kecederaan sepanjang dua musim di Selangor sebelum ini namun kembali mendapat sentuhan ampuhnya.

Advertisements

Beliau kini menjadi sandara ketua jurulatih, K. Devan untuk membawa cabaran Jang apabila meledak 4 gol dalam tempoh yang cukup singlat di atas padang iaitu 569 minit sahaja.

Syafiq pula merupakan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan saingan sengit daripada barisan penyerang import pasukan untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Pemain berusia 27 tahun itu menjadi pilihan utama pengendali kelahiran Korea Selatan itu sejak beliau mengendalikan pasukan namun seakan berubah arah.

Advertisements

Pan-gon kini hanya meletakkan bekas bintang Kedah Darul Aman ini dalam senarai simpanan pasukan dengan membawa dua orang pemain no.9 iaitu Shahrel dan juga penyerang KL City FC, Haqimi Azim.

Syafiq juga hanya beraksi 18 minit sepanjang separuh pertama Liga Super musim ini dan tidak berjaya menjaringkan sebarang gol.

Malaysia akan bertemu Kepulauan Solomon pada 14 Juj sebelum menghadapi cabaran Papua New Guinea bagi aksi berikutnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram