Cerita mengenai kem Harimau Malaya kini mula tular di bumi England.
Skuad kendalian Peter Cklamovski telah memulakan kem latihan pusat pasukan kebangsaan bermula pada Ahad, 18 Mei lalu di Johor Bahru.
Kem latihan pusat Fasa 1 itu melibatkan seramai 28 orang pemain disusuli Fasa 2 (tambahan 8 pemain) seterusnya Fasa 3 pada 1 Jun 2025.
Persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 berdepan Vietnam disusuli tonik tambahan selepas bekas pemain Everton, Jose Bextee menyertai barisan kejurulatihan negara.
Jurulatih berusia 33 tahun itu hadir bagi menggantikan tugas Mark Milligan yang pulang ke Australia bersama kelab di sana iaitu Newcastle Jets.
Berita ini tular di laman media sosial England selepas English Player Abroad memuat naik hantaran berkenaan perkembangan jurulatih baharu ini.
“Jose Baxter ialah penolong pengurus baharu Malaysia.
“Individu berusia 33 tahun telah menghabiskan empat tahun terakhir sejak bersara sebagai pemain dan bekerja sebagai jurulatih sebagai sebahagian daripada akademi Everton,” ujar laman ini di X.
Malaysia akan melayan kunjungan jaguh Asia Tenggara, Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun jam 9.00 malam.