Cerita Pilu Marin Pilj Ambil Jersi No.60 Di Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Baru-baru ini Terengganu telah sah menyambar khidmat pemain tengah Croatia, Marin Pilj yang pernah beraksi di kelab Liga Croatia, NK Varazdin.

Kehadiran beliau dijangka bakal mengisi kekosongan jentera tengah Terengganu yang ditinggalkan bintang utama mereka musim lalu, Habib Haroon.

Menerusi perkongsian oleh pemain kelahiran Osijek Croatia itu kepada Terengganu, Pilj sempat bercerita mengenai kenapa memilih jersi bernombor 60 bersama Terengganu musim ini.

Advertisements

“Menurut Marin, beliau mempunyai perhubungan yang sangat baik bersama bapanya. Dari beliau kecil, bapanya adalah orang yang bertanggungjawab memberikan galakan untuk bermain bola sepak, menghantarnya ke akademi bola sepak dan merupakan orang pertama yang akan memberikan motivasi kepadanya untuk terus berusaha menjadi pemain terbaik dalam sukan ini.”

Pemain berusia 27 tahun itu sangat terkesan dengan motivasi yang diberikan oleh mendiang bapa kepadanya untuk terus mengejar impian beliau menjadi pemain terbaik dalam sukan bola sepak ini.

“Dengan jasa yang disumbangkan mendiang bapanya, beliau berjaya menjadi seorang pemain profesional sehingga kini. Bapanya telah meninggal dunia pada tahun lepas di usia 60 tahun. Beliau ingin mendedikasikan nombor tersebut bersama dengan angka umur terakhir bagi mendiang bapanya.”

Advertisements

Perpindahan Pilj ke Terengganu bukanlah mudah, namun dengan kehadiran beliau pastinya bakal memberi satu impak yang berbeza buat pasukan Terengganu musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram