Advertising
Challenge Cup: P. Maniam Akui Sukar Atasi 10 Pemain Selangor
MakanBola
PDRM FC

Pengendali PDRM FC, P. Maniam mengakui anak buahnya berdepan kesukaran menentang Selangor FC dalam aksi final pertama MFL Challenge Cup.

Aksi final pertama yang berlangsung pada 15 Februari lalu menyaksikan Merah Kuning terlebih dahulu mendahului menerusi dua gol Alvin Fortes.

Ad

Selangor kemudiannya dipaksa beraksi dengan 10 pemain apabila kapten, Safuwan Baharudin dibuang padang. Keputusan itu dibuat pengadil, Zamzaidi Katimin selepas VAR mendapati Safuwan menghalang Shahrel Fikri Md. Fauzi daripada menjaringkan gol.

Ad

Ini membolehkan PDRM menyamakan kedudukan 2-2 pada babak pertama menerusi Shahrel dan Badrul Affendy Fadzli.

Ali Olwan muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan buat Merah Kuning pada separuh masa kedua. Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad

Maniam mengakui kesungguhan yang ditampilkan Selangor meskipun beraksi dengan 10 pemain menyukarkan PDRM untuk mencari gol penyamaan.

Ad

“Setiap kali lawan beraksi dengan 10 pemain, mereka akan bermain lebih bagus,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.

Ad

“Malah, masa kita menentang Selangor dalam pusingan pertama (Liga Super), kita menentang Selangor dengan 10 pemain tetapi kita menjaringkan gol penyamaan.

“Jadi, bila anda bermain bola sepak dengan 10 pemain, mereka akan beri lebih daripada 100%. Bila kita bermain dengan 11 orang, kita rasa selesa tetapi itu bab psikologi, kadang-kadang perkara itu berlaku. Jadi, syabas kepada Selangor.”

PDRM berharap dapat mengatasi defisit satu gol dalam aksi final kedua di Stadium Selayang pada 22 Februari.