Dua Gol ‘Captain Marvel’ Chanathip Songkrasin Buat Park Hang-Seo Gigit Jari
Dunia
FA Thailand
Advertisements

Kecemerlangan aksi bintang sensasi Thailand, Chanatip Songkrasin ketika menentang Vietnam pada malam ini menjadi pemusnah apabila dua golnya membawa pasukan selangkah untuk ke pentas akhir pada edisi kali ini.

Thailand bermula garang dengan mengasak ke kubu melalui gerakan-gerakan cantik barisan serangan pasukan yang diketuai oleh penyerang berpengalaman, Teerasil Dangda.

Ini nyata membuat pasukan kendalian Park Hang-Seo sukar untuk merencanakan gerakan terutamanya apabila persembahan kebal yang dipamerkan oleh barisan pertahanan pasukan Thailand menyukarkan misi mencari gol.

Advertisements

Usaha yang tidak henti oleh pasukan kendalian Alexandre Pölking membuahkan hasil setelah gerakan cantik yang direncanakan menerusi satu serangan balas pantas dihukum oleh Chanatip yang menghukum kealpaan pertahanan Vietnam yang gagal mengawal keadaan.

Bukan itu sahaja, Thailand yang mendominasi perlawanan menambahkan derita Vietnam apabila satu serangan cantik yang dimulakan oleh Chanatip berhasil membuka ruang buat Teerasil dan Supachak sebelum disudahkan dengan tenang oleh beliau sendiri untuk gol kedua perlawanan.

Tersentak dengan gol tersebut, Vietnam cuba untuk mengatur gerak pada babak kedua untuk mengejar defisit tersebut menerusi gerakan lincah barisan serangan mereka.

Advertisements

Namun begitu, Vietnam gagal merobek gawang Thailand sungguhpun pelbagai usaha yang telah dilakukan masih menemui jalan buntu.

Peluang terbaik Vietnam hadir pada minit ke-79 apabila satu gerakan dalam kotak penalti namun disia-siakan.

Chanathip terus memperagakan aksi yang luar biasa apabila usaha beliau untuk melancarkan serangan sekali lagi membuahkan hasil apabila Thailand dihadiahkan penalti namun sepakan beliau mudah diselamatkan penjaga gol lawan.

Advertisements

Perlawanan yang dihiasi dengan layangan kad kuning ini menyaksikan rekod Park Hang-Seo yang tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana pasukan di Asia Tenggara kini lebur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram