Chanathip Songkrasin Kembali Perkuatkan Skuad Thailand
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Selepas terpaksa disisihkan untuk kempen Piala Asia 2023 akibat kecederaan, Chanathip Songkrasin kembali membarisi skuad kebangsaan Thailand.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan senarai 23 orang pemain bagi menghadapi dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan.

Selain Chanathip, jurulatih skuad Gajah Perang, Masatada Ishii turut memanggil semula penyerang Muangthong United, Poramet Arjvirai.

Advertisements

Ishii melihat kehadiran semula Chanathip bakal memberi kelebihan kepada Thailand bila berdepan Korea Selatan nanti.

“Chanathip telah berada dalam senarai sejak perlawanan pemanas badan dengan Jepun dan Piala Asia. Tetapi kami tidak memanggil beliau kerana ada masalah (kecederaan) fizikal.

“Tetapi kali ini, kami melihat corak permainan dan keadaan fizikalnya. Jadi kami memanggilnya ke skuad kebangsaan dan berharap beliau akan menggunakan kebolehannya untuk membantu kami dalam perlawanan menentang Korea Selatan,” katanya seperti yang dilaporkan SiamSport.

Advertisements

Sebahagian pemain yang beraksi untuk kempen Piala Asia 2023 dikekalkan seperti Supachai Chaided, Supachok Sarachat, Elias Dolah, Peeradon Chamrasamee, Suphanat Mueanta dan kapten, Theerathon Bunmathan.

Ishii turut mencipta kejutan dengan memanggil penjaga gol Uthai Thani, Boonyakait Wongsajaem.

Pengumuman semalam turut menyaksikan nama pemain tengah Urawa Reds, Ekanit Panya tiada dalam senarai skuad kebangsaan Thailand.

Advertisements

Thailand bakal berdepan Korea Selatan pada 21 Mac sebelum perlawanan timbal balik di Stadium Rajamangala pada 26 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram