Chanathip Songkrasin Sah Menyertai BG Pathum
Asia Tenggara
@TL_Central
Advertisements

Susulan kempen Thai League 1 yang kurang memberangsangkan musim lepas, BG Pathum United berharap dapat memperbaiki pencapaian menerusi perpindahan terbaru mereka hari ini. The Rabbits secara rasmi mengumumkan perpindahan kapten Thailand, Chanathip Songkrasin dari Kawasaki Frontale.

Perpindahan tersebut didedahkan menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi BG Pathum hari ini. Dengan perpindahan ini, Chanathip kembali ke Thailand selepas berkelana ke Jepun selama enam tahun.

Walaupun yuran perpindahan itu tidak didedahkan, ejen Chanathip iaitu FPS Management mendedahkan nilai perpindahan tersebut yang terbesar pernah direkodkan dalam sejarah Thai League.

Advertisements

“BG Pathum United gembira untuk mengumumkan persetujuan perpindahan pemain tengah Thailand, Chanathip Songkrasin, 29, dari kelab J1 League, Kawasaki Frontale untuk musim baru 2023-24.

“Perpindahan Chanathip ke BG Stadium menandakan kepulangannya ke Thai League selepas enam tahun di luar negara, selepas berpindah ke Hokkaido Consadole Sapporo pada pusingan kedua musim 2017,” kata pengurusan kelab.

Advertisements

Di media sosial, ramai penyokong The Rabbits teruja dengan kehadiran beliau dan berharap dapat memperkuatkan pasukan yang dibimbing Thongchai Sukkoki itu.

Yang pasti, perpindahan ini diharap mampu memperkukuh peluang Chanathip kekal dalam perancangan skuad Gajah Perang terutama untuk Piala Asia yang bakal berlangsung pada awal tahun hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram