Chanatip Songkrasin Disisihkan Kawasaki Frontale
Asia
Changsuek
Advertisements

Perancang tengah kelab Liga 1 Jepun, Chanatip Songkrasin tidak berada dalam senarai skuad Kawasaki Frontale setelah mereka sudah pun memulakan kempen liga semalam.

Pemain berusia 29 tahun itu merupakan antara tunjang utama buat gergasi ACL itu sejak musim lalu dan beraksi dalam sebahagian besar aksi mereka.

Kapten pasukan kebangsaan Thailand ini bagaimanapun tidak berada dalam senarai pemain yang bersedia ketika bertemu Yokohama FM semalam.

Advertisements

Hal ini menyaksikan anak didik Toru Oniki terpaksa menelan hakikat apabila mereka ditundukkan 1-2 di laman sendiri.

Permulaan kurang baik ini berpunca daripada kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Kawasaki Frontale yang gagal mengawal keadaan dengan baik.

Advertisements

Ketiadaan Chanatip jelas merencatkan serangan pasukan sehinggalah mereka memperoleh gol saguhati pada akhir permainan.

Status sebenar bekas bintang Muangthong United ini masih menjadi tanda tanya dan bakal merencatkan perjalanan pasukan menjelang aksi kedua kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram